DISEMBER 2023

Fatimah Ketuai Kementerian Sertai OMEP Asia Pasifik Ke-12


AUSTRALIA: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menyertai Persidangan Pertubuhan Dunia untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (OMEP) Asia Pasifik Ke-12.

Persidangan OMEP Asia Pasifik Ke-12 itu  dihadiri delegasi dari 21 negara diadakan di Universiti Macquarie Sydney, Australia dari 6 hingga 8 Disember ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai delegasi kementerian.

Beliau juga membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Providing Access, Equity, Quality and Inclusive Early Childhood Education in Sarawak di persidangan itu semalam.

Sementara itu, Fatimah dan delegasi juga  menyertai beberapa aktiviti pada 6 Disember lalu antaranya ialah lawatan sambil belajar ke Pusat Pengajian Kanak-Kanak dan Keluarga Mia Mia, Waratah Cottage dan pendaftaran serta pelancaran OMEP Asia Pasifik Ke-12.

Hadir sama ialah Timbalan Menterinya Datuk Rosey Yunus, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Colliner Gohe, Ketua Bahagian Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak kementerian Salina Bujang, Ketua KPWK Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Ayub Dahari, Pengurus Besar SeDidik Sdn Bhd, Jason Kong, Presiden Persatuan Pengusaha Tadika (AKO) Sarawak.

Sumber dari : Jiwa Bakti